Monday, March 9, 2009

Pesanan dari seorang rakan....


Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya
untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan
berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada
banyak waktu,saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak
saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke
surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah
yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya
pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak
tunjukkan jalan yang betul.
Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,
akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata
pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya.
Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik
sikit..
Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya,anak-anak saya
mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman
globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke
Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,
kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi
dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara
yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu,
termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan >
sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya
betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa.
Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat
tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan
iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh dalam
minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak
kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang,
katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan,beliau
minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau
tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau
berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk
saya sampaikan.

No comments:

Post a Comment